Sunday, May 8, 2011

menangis sebab mak

Assalamualaikum!


Semalam, hari yang tak sanggup aku nak lalui lagi. Semalam, mak sakit. Mak alergi dengan ubat ni, then mak termakan. Mak muntah muntah. Serious, time tengok mak tarik nafas, macam payah je. Mak asyik sebut ‘ya Allah’ je. Dalam hati aku, memohon pada Allah supaya sembuhkan mak. Mak tak makan lagi time tu. Mak muntah semua asid dalam perut. Mak tengah sakit…


Ceritanya macam ni. Aku dengar abah jerit nama aku. Aku turun. Ingat nak keluar kejap. Abah suruh tengok mak. Dari luar dah dengar mak muntah. Kuat sangat. Aku jadi gabra gila. Aku tak heran dah aku pakai baju baru time tu. Aku terus masuk toilet. Masa tu Tuhan je yang tau macam mana mak rasa dan aku je nampak kondisi mak. Muka mak merah padam tahan sakit. Mak dah tak tahu nak muntahkan ape. Tapi mak tak lekang ucap ‘ya Allah’. Aku harap Allah bantu mak time tu.


Aku yang tak sanggup tengok, ape lagi mak yang menanggung tu. Mak macam takde kudrat lagi dah. Peluh mak laju je turun. Aku usap belakang mak. Urut urut belakang mak. Aku doa biar aku je lah yang terima sakit tu. Kenapa kena kat mak. Mak dah tua. Mak sakit. Tapi aku tau, Allah menguji orang yang boleh terima ujian Dia. Lepas mak reda sikit, aku papah mak duduk kat kerusi. Ada kipas sekali hadap mak. Aku urut lagi bahu dan tulang belakang mak. Perut mak keras time tu. Dada mak turun naik turun naik nafas. Ya Allah, tolong lah mak…


Mak nak makan, aku bagi sesuap nasi. Mak makan, tak lama lepas tu mak muntah lagi. Aku pun rasa nak muntah jugak, tapi tahan je. Macam mana kalau mak sakit, aku taleh tahan ngan ni semua. Perut mak taleh terima pape. Even air masak. Sedihnyaa. Masa urut mak kat kerusi tu, tertitis air mata. Mak tercungap cungap tahan. Kesian sangat mak. Agaknya, time kita kecik, mak jaga macam ni jugak kan? Aku sebak. Aku bersyukur ibuku masih hidup. Berada disisi aku bila aku perlukan. Aku bukan anak yang baik, tapi aku cuba untuk jadi anak yang terbaik. InsyaAllah aku sedia jaga mak dan abah.


Semalam lepas mak berhempas pulas, mak tidur. Tak lama lepas tu jugak mak demam. Abang yang bawak mak pergi klinik. Ngah pun balik semalam. Dan harini akak datang rumah ngan anas dan ain. Mak mesti gembira. Sebab nampak senyuman mak. Mak tak macam semalam. Mak dah sihat. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Rindu pada akak dah terlerai. Aku sayang semua!





“Ya Allah, kau panjang kan lah umur kedua ibu bapaku, kau berikan lah mereka kesihatan yang baik, ampunkan segala dosa dosa mereka. Sesungguhnya, mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak anaknya dengan baik sekali! Aku mohon pada Mu ya Allah. Kau berikanlah rahmat dan kebaikan Mu untuk keluargaku. Semoga kami dijauhi dari perkara perkara yang tidak kami ingini. Aku hanya mohon pada Mu ya Allah, Tuhan ku yang satu. Amin ya Rabbal alamin.”


p/s : PENGORBANAN MEREKA LAGI BESAR BANDING DENGAN APE AKU BUAT, MACAM ZARAH KUMAN JE. BERBAKTILAH SELAGI MEREKA MASIH ADA. 






p/s : menangis tak? huwaaaa

10 comments:

noraliza said...

alhamdulillah maknya dah sihat :)

Anonymous said...

hope mak iqa cpt sehat blik..;)

HZQH said...

NORALIZA : alhamdulillah..terima kasih komen :)

AIN : hehe aku tau tu kau.huhu, thanks syg.

JIJI YU said...

mereka menumpang kaseh kita untuk menghabeskan sisa

Along Tapa said...

bagus sayang mak..aku part2 ni memang takleh nak bergurau2...

Gorengbaek - Kata pasangan/berganda dalam loghat Johor

Hangit Habis dah - Lepas aku perhatikan, aku nampak dah sape yang sial....

Kerat Senget - My Own Path

The Philosopher said...

anak yg baik. insyallah Allah sayang

rafiqa said...

alhamdulillah. entry terbaik dari HZQH :)

megarotk said...

Hellow!
I love your site, it is a pleasure to visit.
I have added your site to my site.
Please link my site to your site.
Thank you!

world soccer blog

http://soccerproper.blogspot.com/ 

私は日本人です。よろしくお願いします。

Ain Zulaikha said...

selamat hari ibu to mom iqa ya :)

HZQH said...

JIJI YU : betul, dengan anak anak lah dia nak habiskan sisa sisa hidup dia. supaya anak berbakti kepada diorang.

ALONG TAPA : ye, sayangi ibu bapa selamanya..sedih aku masa buat entry ni.

THE PHILOSOPHER : insyALLAH..kita hanya manusia biasa je.sesungguhnya Allah yang maha berkuasa :))

RAFIQA : yep, cerita benar dan ikhlas time buat ni.hehe

MEGATROK : insyALLAH :) terima kasih comment here!

KAK AIN : ye, terima kasih kak ain..mak kak ain jugak! :)