Sunday, February 23, 2014

Resipi puding oreo ala2 cincai boncai.

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Saya ada resipi yang boleh dicuba. Senang, mudah, dan sedap!! Bahan pun senang nak didapati. Lagipun resipi ni dah lama dah. Haha ada yang tahu, tapi sy nak share untuk sahabat2 saya. Okay harap membantu! :)


Bahan kira cincai untuk 2 loyang.

1. Agar-agar 2 paket


2. Air 1500ml atau 1 botol mineral besar


3. Gula pasir 2 cawan/ agak2. Masuk satu dulu, then rasa. Ikut tekak sendiri.


4. Susu cair 2 tin


5. Milo 2 cawan


6. Biskut oreo 2 bungkus


Cara-caranya cincai sahaja

1. Didihkan agar-agar bersama air sehingga mendidih.
2. Selepas mendidih, perlahankan api, kemudian masukkan gula sehingga larut.
3. Selepas gula larut, masukkan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Dengan api perlahan, asingkan adunan susu tersebut kepada 2 bahagian. Kalau ikut saya 4 cawan atau lebihkan sedikit.

Pastikan kedua adunan dididihkan di api perlahan supaya adunan tak mengeras

5. Masukkan milo kedalam adunan yang telah diasingkan. Adun sebati.
6. Setelah adunan milo telah siap, tuang sedikit demi sedikit kedalam loyang.
7. Kemudian kalau nak cepat letak depan kipas. Apabila mengeras sedikit(agak2 pegang tak lekat kat jari) masukkan adunan susu ke atasnya.
8. Patah-patahkan biskut oreo, susun di adunan susu secara bersepah. Haha. Agak nak nampak putihnya ngadapkan biskut tu keluar. Kalau nak nampak kulit tepi biskut susun lah macam yang awk kehendaki.
9. Biarkan mengeras.
10. Setelah mengeras, tuangkan adunan milo untuk lapisan terakhir. Biarkan mengeras.

SIAP!!! TUNGGU ADUNAN MENGERAS! Sejukkan kat freezer dan makan!!! :)


Harap-harap resipi ni dapat membantu kawan2 ku. Perkongsian ni pun dari blog lain. Dan puding simple ni mudah dan senang sangat! Sedap pulak tu :-) okay thank you and sorry.


Alhamdulillah. Yang buruk datang dari saya, dan yang baik datangnya dari Allah.

No comments: